Template by:
Free Blog Templates

Rangka Penulisan







RANGKA PENULISAN


JENAYAH SIBER DI MALAYSIA

1.0       PENGENALAN

Internet merupakan dunia tanpa sempadan dimana pelbagai maklumat boleh di perolehi dan dikongsi bersama melalui internet.Ini diibaratkan seperti kata pepatah  “segala maklumat berada dihujung jari,”. Walaubagaimanapun, jenayah juga boleh berlaku di dalam dunia tanpa sempadan ini.Jenayah jenis ini dipanggil jenayah siber. Jenayah siber merupakan suatu jenayah yang berlaku di alam maya. Kebanyakkan masyarakat kurang mengambil tahu berkaitan dengan jenayah siber ini.Ini adalah kerana mereka kurang peka terhadap alam siber yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Sebagai contoh penggodam laman web haram yang semakin berleluasa sukar dibendung. Ini  disebabkan jenayah siber ini berlaku didalam dunia tanpa sempadan.

2.0       TUJUAN KAJIAN

Tujuan penulisan ini ditulis adalah untuk:
2.1       Memberi pengetahuan kepada pembaca berkaitan jenayah siber yang berlaku didalam Negara Malaysia.
2.2       Menyenaraikan undang-undang berkaitan jenayah siber di Malaysia.
2.3       Menyenaraikan jenis-jenis jenayah siber yagn ada.
2.4       Membincangkan punca-punca, kesan serta cara mengatasi jenayah siber.

3.0       KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah:

3.1       Resensi perpustakaan

Dimana segala maklumat diperolehi daripada perpustakaan.Selain itu penggunaan perpustakaan maya juga turut diterapkan sebagai kaedah kajian dalam mencari maklumat.

3.2       Soal kaji selidik

Mengedarkan soalan kaji selidik kepada masyarakat bagi mendapatkan responden mengenai pengetahuan jenayah siber.

4.0       SKOP KAJIAN

Skop kajian bagi penulisan ini adalah tertumpu dikalangan warga UKM dalam mencari maklumat tetang kefaham warga UKM terhadap jenayah siber di Malaysia.

5.0       ISI KANDUNGAN/DAPATAN KAJIAN

5.1       Pendahuluan
5.2       Definisi
5.3       Undang-undang jenayah siber di Malaysia
5.4       Jenis- jenis jenayah siber yang boleh berlaku
5.5       Punca jenayah siber berlaku

Sikap tamak, tidak ramai masyarakat yang celik IT, dendam dan dengki dan dunia tanpa sempadan.

5.6       Kesan daripada berlakunya jenayah siber

Mendatangkan kerugian, masalah sosial (video lucah), mengaibkan pihak-pihak tertentu, penipuan dan lain-lain lagi.

5.7       Cara mengatasi jenayah siber

Tindakan sewajarnya, menyekat masuk laman web yang berkenaan atau yang terlibat dengan jenayah.

5.8       Analisis data kajian

6.0       KESIMPULAN

Kesimpulan dari penulisan ini adalah maklumat analisis yang diperolehi daripada data kajian atau soal kaji selidik yang telah dijalankan. Ianya dikukuhkan lagi dengan bahan-bahan maklumat yang telah diperolehi dan dimuatkan dalam penulisan untuk tantapan pembaca.

RUJUKAN

Rujukan merupakan bahan atau maklumat yang telah dikumpul bagi membantu dalam menghasilkan penulisan ini.

LAMPIRAN


semoga apa yang dicetuskan mendapat kritikan membina...
©cetusan: shuk(^_^)...

No comments:

Post a Comment