Template by:
Free Blog Templates

...

Assalamualaikum...kawan-kawan..
Saya suka sangat kata-kata yang indah..
Dulu masa sekolah rendah,
saya suka tulis biodata,
sampailah sekarang,
saya masih lagi tulis biodata,
dalam biodata tu mesti saya letakkan mutiara kata,
jadi,
saya nak kongsi beberapa mutiara kata ni
dengan kawan-kawan semua..
antaranya ialah...--->>>

~jangan biarkan dirimu seperti batu yang dihimpit badai,
jadikanlah dirimu seperti ombak yang tidak jemu menghempas pantai..


~mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir permata dalam timbunan kaca,
bersedialah untuk dilukai dan jangan mengalah untuk terus mencari,
andai sahabat sejati telah kau temui,sayangilah dia dengan sepenuh hati..


~menilai suatu kecantikan memadai dengan sekilas pandang,
namun menilai setitis budi memerlukan masa yang panjang..


~seribu kebaikkan belum tentu dapat menutup satu kesalahan,
tetapi satu kesalahan sudah cukup untuk menutup seribu kebaikkan...


~cintakan bunga, bungakan layu.
cintakan haiwan, haiwankan lari.
cintakan manusia,manusiakan mati.
cintakan Allah, kekal abadi..


~ andai dirimu bukan bulan yang menerangi malam,
cukuplah andai dirimu menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam..


~kadang-kadang Allah hilangkan matahari,
dan Dia datangkan guruh dan petir,
kita menangis tertanya-tanya kemana hilangnya sinar,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...




hasil coretan : sri =)

UNDANG-UNDANG

AKTA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN DALAM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP JENAYAH SIBER
Dalam meniti era globalisasi moden, kerajaan Malaysia telah menetapkan undang-undang dalam melaksanakan pembangunan ICT. Ini bertujuan menjaga hak dan mengambil tindakan kepada pesalah yang melakukan jenayah siber. Undang-undang ini telah diluluskan dan diantaranya adalah :
1.0              Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
2.0              Akta Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambil alih kuasa pelesenan terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan.
3.0              Akta Tandatangan Digital 1997
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
4.0              Akta Jenayah Komputer 1997
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
5.0              Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
6.0              Akta Hak Cipta (Pindaan)
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
Nukilan : shuk
Sumbangan : Riyadh
Rujukan :
  1.  Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber.
  2. www.mscmalaysia.com.my (ditujuk 4 Okt. 2009).


Rangka Penulisan







RANGKA PENULISAN


JENAYAH SIBER DI MALAYSIA

1.0       PENGENALAN

Internet merupakan dunia tanpa sempadan dimana pelbagai maklumat boleh di perolehi dan dikongsi bersama melalui internet.Ini diibaratkan seperti kata pepatah  “segala maklumat berada dihujung jari,”. Walaubagaimanapun, jenayah juga boleh berlaku di dalam dunia tanpa sempadan ini.Jenayah jenis ini dipanggil jenayah siber. Jenayah siber merupakan suatu jenayah yang berlaku di alam maya. Kebanyakkan masyarakat kurang mengambil tahu berkaitan dengan jenayah siber ini.Ini adalah kerana mereka kurang peka terhadap alam siber yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Sebagai contoh penggodam laman web haram yang semakin berleluasa sukar dibendung. Ini  disebabkan jenayah siber ini berlaku didalam dunia tanpa sempadan.

2.0       TUJUAN KAJIAN

Tujuan penulisan ini ditulis adalah untuk:
2.1       Memberi pengetahuan kepada pembaca berkaitan jenayah siber yang berlaku didalam Negara Malaysia.
2.2       Menyenaraikan undang-undang berkaitan jenayah siber di Malaysia.
2.3       Menyenaraikan jenis-jenis jenayah siber yagn ada.
2.4       Membincangkan punca-punca, kesan serta cara mengatasi jenayah siber.

3.0       KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah:

3.1       Resensi perpustakaan

Dimana segala maklumat diperolehi daripada perpustakaan.Selain itu penggunaan perpustakaan maya juga turut diterapkan sebagai kaedah kajian dalam mencari maklumat.

3.2       Soal kaji selidik

Mengedarkan soalan kaji selidik kepada masyarakat bagi mendapatkan responden mengenai pengetahuan jenayah siber.

4.0       SKOP KAJIAN

Skop kajian bagi penulisan ini adalah tertumpu dikalangan warga UKM dalam mencari maklumat tetang kefaham warga UKM terhadap jenayah siber di Malaysia.

5.0       ISI KANDUNGAN/DAPATAN KAJIAN

5.1       Pendahuluan
5.2       Definisi
5.3       Undang-undang jenayah siber di Malaysia
5.4       Jenis- jenis jenayah siber yang boleh berlaku
5.5       Punca jenayah siber berlaku

Sikap tamak, tidak ramai masyarakat yang celik IT, dendam dan dengki dan dunia tanpa sempadan.

5.6       Kesan daripada berlakunya jenayah siber

Mendatangkan kerugian, masalah sosial (video lucah), mengaibkan pihak-pihak tertentu, penipuan dan lain-lain lagi.

5.7       Cara mengatasi jenayah siber

Tindakan sewajarnya, menyekat masuk laman web yang berkenaan atau yang terlibat dengan jenayah.

5.8       Analisis data kajian

6.0       KESIMPULAN

Kesimpulan dari penulisan ini adalah maklumat analisis yang diperolehi daripada data kajian atau soal kaji selidik yang telah dijalankan. Ianya dikukuhkan lagi dengan bahan-bahan maklumat yang telah diperolehi dan dimuatkan dalam penulisan untuk tantapan pembaca.

RUJUKAN

Rujukan merupakan bahan atau maklumat yang telah dikumpul bagi membantu dalam menghasilkan penulisan ini.

LAMPIRAN


semoga apa yang dicetuskan mendapat kritikan membina...
©cetusan: shuk(^_^)...

Cetusan Idea Penulisan

Pada mulannya disangkakan rangka penulisan tapi sebaliknya ia merupakan satu cetusan idea.Walaubagaimana pun ia tetap mendapat pujian kerana ia merupakan satu langkah yang baik sebelum memulakan penulisan. 

(disediakan oleh:shuk)

moral: ini bukan rangka tapi pencetusan idea.

lirik taubat maksiat

dengarlah hai sahabat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apakan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayuh sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
astaghfirullahal azim
ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit
ingat-ingat  hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat-ingat taubat ingatlah akhirat
cepat ucap astaghfirullahal azim

pandanglah kesana
lihat yang disana
mereka yang terbaring ditanah
bukankah mereka pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astaghfirullahal azim
ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit
ingat-ingat  hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat-ingat taubat ingatlah akhirat
cepat ucap astaghfirullahal azim

 oooooo...
ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit
ingat-ingat  hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat-ingat taubat ingatlah akhirat
cepat ucap astaghfirullahal azim
cepat ucap astaghfirullahal azim


Moral : Insaflah...Jangan melakukan dosa....Jenayah siber adalah satu dosa...
( >_< )


disediakan oleh : sri ..

Alhamdulillah..

Blog ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan tugasan;-
Kursus : ZZZT2243 Kemahiran Menulis
Pensyarah : Pn. Rozmel Abdul Latiff
dan sebagai medium perkongsian maklumat kumpulan kami iaitu :
Kumpulan : Kuantum
Tajuk Tugasan : Jenayah Siber


disediakan oleh : sri..